selamat datang


Friday, April 25, 2014

cinta itu menyakitkan


jatuh tersungkur tetapi bangun dan terus berlari bukan lah satu perkara yang mudah dan tidak semua orang berjaya melakukannya. satu benda yang akan membuat kan hati perempuan luka iaitu CINTA ! jika wanita letak mencintai lelaki itu dia akan mencintainya sepenuh hati. seluruh hati nya untuk lelaki itu. tetapi pernah ke lelaki itu hargai. 


bila saat bahagia mahupun ceria muncul, pasti setiap orang tidak mahu kehilangannya. kekadang kita tak mahu terlena walaupun sesaat kerana takut untuk kehilangan waktu gembira itu. apabila gembira itu datang dalam mimpi, kita seolah olah tidak mahu untuk bangkit dan meneruskan hari hari mendatang kerana takut ia akan menyakitkan . hebatnya CINTA ! ada kalanya orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan cinta. 



bertemu, bermesra, berkongsi, bersedih dan ada yang hampir seluruh masa dan hidupnya  hanya memikirkan tentang pasangannya. apa yang dibuat ? di mana ? bagaimana ? dan pelbagai soalan yang berlegar di kepala tanpa menemui jawapan. lelaki dan wanita pasti akan menyalahkan satu sama lain bila berpisah. berkasih , bercinta , adalah satu yang manis tapi pahit akan terasa bila berpisah.


fakta : apabila putus, lelaki akan keluar bersama kekawan. minum serta lepak di kedai kopi. bagi nya like nothing happen . tetapi apabila dua tiga hari , baru dia akan merasakan kehilangan dan pada masa itu dia akan mengalirkan air mata yang ikhlas sebagai tanda rindu.dan susah untuk mencari yang lain. tetapi sebaliknya bagi perempuan . apabila putus dia akan menangis seperti separuh nyawa nya hilang . bermurung dan air mata sebagai peneman. tapi tengok la sebulan dua pasti akan ada pengganti. masa itu tengok la senyuman gembira nya.   

jangan di sia sia kan orang yang sayang kita. kerana esok hari belum tentu kita akan jumpa yang sebaik nya. jangan pilih untuk mendua kerana belum pasti yang kedua itu dapat membahagiakan kita seperti yang pertama.

menulis ini bukan kerana hati tetapi ia realiti. 




Sunday, September 29, 2013

sebulatnya !

Sebulatnya - The Fabulous Cat

Tiada tangisan aku titiskan keringat airmata ku
Manakah silapku nyatakan satu persatu inginku tahu

Bukannya aku salah tafsiri (tak pernah aku mengkhianati)
Mengapa kamu buat begini (tak pernah aku hilangkan diri)
Apakah makna engkau mendua (tiada punca hancur segala)
Aku senantiasa setia (tolonglah percaya)

Aku yang bodoh, aku yang buta
Percayakan mu sebulatnya
Lihat mereka terpedaya
Percayakanmu sebulatnya

Bukan kerana ku sengaja meninggalkan mu
Kau sempurna untukku, untukku
Tapi kini kau salah tafsiri (mengapa engkau mengkhianati)
Salahkah aku buat begini (mengapa engkau hilangkan diri)
Tiada makna
Jadi apakah punca segala (aku senantiasa setia)
Aku tak percaya

Cukuplah katamu
Yang betulnya hanya kamu
Cukuplah siksamu
Yang pernah sakiti mu

Hati telah luka
Di atas luka dan luka
Di dalam tak disangka
Tertanam dendam yang lama
Mulalah meraba
Mencari jalan semula
Jalan yang bercahaya
Kembalilah padaNya


lagu ni betul betul tepat kena dengan diri ni. hati yang banyak terluka, di tinggalkan dan lagi perit bila tak di hargai. sudah ku pujuk hati kecil ini, tapi masih menangis. sudah ku rawat hati ini tapi masih lagi tercalar. betul orang cakap luka luaran nampak di mata tapi luka di hati memang tiada ubat nya. cerita hati manusia memang sukar untuk di baca serta di fahami. berdoa agar Allah menpunyai perancangan yang terbaik untuk diri ini. menerima dengan seikhlas hati. 



Monday, September 23, 2013

luka yang berterusan


terpaling aku untuk menulis coretan ini selepas mendengar kisah Lili bersama seorang lelaki bernama F di corong radio klasik nasional dalam rancangan aku dia dan lagu.  Lili di tinggalkan oleh F tanpa sebarang berita. kisah yang mengingatkan aku kepada sesorang.  bertahun pengenalan kami akhirnya menjadi seperti pepasir dipantai. andai aku dapat memilih, aku akan memilih untuk tidak kenal bersama nya supaya hati ini tidak terus dilukai. ketika jari jemari menari nari untuk meluahkan apa yang terbuku, hati terasa bagai dirobek. di tinggalkan dan aku berusaha untuk mencari punca nya. tetapi semua nya sia sia. 


berjanji untuk meneruskan hidup bersama kini hanya tinggal impian. impian yang hanya memusnahkan si penerima janji. kini, si pemberi janji menghilang seiringan dengan janji janji nya. 'sayang awak' ! masih berlegar legar dalam kotak fikiran. gelang yang di beri masih melingkar di pergelangan tangan. andai satu hari ia di lucut kan bermakna hati juga turut melupakan. dan pada masa itu airmata tidak akan gugur dari tebing mata ini. 

hati mana yang utuh jika sering kali di luka, di dustai serta di buangi. tetapi selemah mana pun kita, Allah teteap memberi secebis kekuatan untuk mengharungi itu. kasih nya Allah terhadap hamba Nya tidak ternilai. jika ini ujian yang di beri oleh Nya, agar diri ini lebih rapat dan bersujud kepada Yang Maha Esa, aku redha. tidak yang lebih baik dari perancangna Nya. berserah atas segala nya. 

dikala hati terluka, bibir masih mampu mengukir senyuman. dikala hati kesepian, bibir masih lagi mampu berbicara. hebatnya kuasa Allah. hari demi hari dilalui dengan pelbagai rintangan. hidup yang semakin mencabar membuat kan diri bertambah matang. kini memilih untuk berdiam adalah tindakan yang terbaik. tidak usah memujuk serta merayu hati ini, sememang nya hati ini sudah seperti batu.



Thursday, September 19, 2013

happy birthday to me !


assalamualaikum . hari ni bertarikh 20.9.2013 genap umur ku 21tahun. pada pukul 2.21petang. dengan maksud kata lain genap 21tahun Allah telah meminjam kan nyawa untuk diriku ini. seperti mana yang kita sendiri tahu, setiap apa yang di pinjam mesti akan dipulangkan kembali. seperti hembusan nafas, setelah di hirup, pasti akan di lepaskan kembali. sama seperti nyawa, setelah tiba masanya, akan di kembalikan. bila ? dan dimana ? itu semua rahsia Allah.

selama 21tahun ini, banyak ujian dan dugaan yang telah hadapi. pelbagai cabaran hidup yang perlu di tempuh selagi masih bergelar manusia. apa yang dapat pada hari ini belum tentu kekal untuk hari esok. dan apa yang yang telah hilang pada hari esok mungkin ada kebaikan di kemudian hari. hanya perlu berdoa untuk mendapat yang terbaik. usah pernah menyerah untuk itu.

bulan 9.13 ni banyak kisah yang gembira. yang boleh membuatkan aku tersenyum. Alhamdulillah kurniaan Allah yang tak terbayar. setelah aku berhempas pulas selama 3tahun, akhirnya aku menperolehi keputusan yang cemerlang. kejayaan ini tidak akan berlaku jika tanpa pergorbanan kedua ibu bapa ku. keberkatan doanya yang membuatkan aku berjaya hari ini. sama juga seperti lecturer yang telah mengajar sepanjang aku bergelar pelajar. kejayaan ini aku kongsikan untuk keluarga ku. tidak mampu aku beri yang lain. 






Monday, September 9, 2013

Lelaki VS Perempuan

setiap orang mempunyai kekurangan yang berbeza. lalu Tuhan menberikan pasangan hidup untuk saling melengkapi. mencintai dan dicintai. benda yang paling di harapkan bagi setiap orang.

lelaki :  cuba tengok masa dia single hensem bukan main. kalau sembur minyak tu macam satu botol. habis satu  rumah bau perfume dia jea. tetapi bila dah ada gf mesti dia biase biase jea. kata nya buat apa nak smart smart kan dah ad gf. kalau serabai takda la perempuan lain nak tengok. apa dia tak tahu kea bila dia serabai lagi ramai orang tengok. bukan perempuan muda tapi yang makcik makcik pun dok sama tengok.
perempuan : bila single biase biase jea. dengan alasan, ala kalau lawa lawa pun bukan ada sapa nak tengok. pastu pakai bedak baby jea, itu pun dah cukup. tup tap tup tap, couple la dia. that means, dah ad bf la. berbunga la hati dia kan. suka bukan main lagi kan. tapi tengok la bila di ajak keluar 1jam belum tentu siap lagi. kejap baju ni tak kena la, seluar tu tak elok la. lepastu make up bukan main. orang yang sedepa pun dah nampak. haha. nak melawa sebab tak nak bf cari lain. 
_________________________________________________________________________________
lelaki : bila bercinta, dia buat gf dia kaw kaw pun. dia marah la apa la. apa dia ingt gf dia tu patung cendana kea. dia nak keluar ke mana mana tak akan bagi tahu gf dia. alih alih dah sampai jea. tapi lelaki ini pelik sikit, bila ad gf tak nak hargai. tapi bila takd tahu pulak nak cari. hah ! lagi satu bila putus, dia buat muka tak tahu jea. ada yang sampai boley keluar dengan member member. tapi satu fakta tentang dia, lelaki akan menangis bila kemudian hari. dan akan susah nak cari pengganti.
perempuan : kalau bf maki kea apa kea sabar jea. sabar macam orang bodoh. atas alasan aku sayang dia laa. puihh la sayang sanggup kena macam tu. tapi itu la perempuan. menangis jangan cakap la. hari hari memang wajib. samoai nak tidur pun sempat nangis lagi. bila clash, menangis macam orang hilang mak bapak. pastu dok la rindu bagai. tapi tengok tengok 2 or 3week akan datang dah ada yang lain.cepad betul perempuan sayang orang kan. 
_________________________________________________________________________________
lelaki : antara kawan dengan gf, 90% lebih memilih kawan. mengikut teori nya kawan akan tolong masa dia susah. kalau motor rosak tak kan dia nak panggil gf tolong betul kan. memang tak masuk akal la kan. haha. kalau keluar dengan kawan, gf memang tak dilayan la. pastu bila dah penat baru ingat yang diri tu ad gf. dapat gf yang penyabar takpe. kalau dapat yang sensitif memang merajuk panjang la jawabnya. nasib badan la kan. lelaki dengan kawan memang tak boley pisah. sampai bila pegi dating, kawan call tanya kat mana. bengkak jea hati gua ni. 

perempuan : bf ajak keluar laju jea bersiap. bukan main seronok lagi kan. riang ria hati tu. tapi bila kawan ajak keluar, eh nanti la. aku nak kena tanya bf aku dulu la. apa kau ingat bf kau tu suami kau kea. ala mak bapak kau pun oke jea. ecehh nak cakap yang diri setia dengan bf. puihh ! letak kaki atas kepala laa. sikit sikit bf. kenal baru setahun jangung dah macam belangkas. dulu masa kau sekeleh, kawan kau jugak yang lap akn hingus kau tau. tap tap putus la dia. ehhh baru nak cari kawan. masa tu la kawan la segala gala nya. mintak maaf bagai. 
nampak ! perbezaan antara lelaki dan perempuan. jika terjadi sesuatu pada hubungan kita jangan anggap semua orang itu sama. sebab kita kena ingat bahawa ibu ayah kita adalah perempuan dan lelaki. lelaki bercinta dengan perempuan atau sebaliknya, adalah perkara yang biasa. tetapi lelaki bercinta dengan lelaki atau sebaliknya, adalah perkara yang luar biasa. 

Sunday, September 8, 2013

siapakah kita menolak takdirNya

terbaring aku sambil menongkatkan kedua dua belah tangan aku ke dahi. memikirkan seorang insan yang berada di dalam hati ini. perkenalan yang aku sendiri tidak menduga. lelaki yang ku beri gelaran mr.crush. tahu tak apa itu maksud crush ? (C)cinta yang di (R)rahsiakan hanya (U)untuk (S)seseorang dengan (H)harapan dia akan menerima kita.

tibe tibe tersentak aku dari lamunan lalu berkata dia bukan milikku. perkenalan yang aku tidak pasti di mana mula nya. keselesaan ketika bersama nya membuatkan aku terlupa dan terleka yang dia sudah berpunya. hati nya sudah menjadi milik yang lain.
terasa diri begitu kejam kerana telah melukakan hati perempuan yang lain. tanpa kau sedari, perkenalan kami semakin rapat. satu hari, kami telah membuat satu pertemuan. terlontak di mulut ku "lepas jumpa aku, depends la kau nak kawan aku lagi atau tak k". dia hanya membalas senyuman tanpa perkataan.
pertemuan demi pertemuan. teringat pada hari pertama kami berjumpa, aku mengenakan pakaian yang simple, blaus pink dan jeans serta bertudung ungu. tak sangka pulak masa tu dia pun pakai baju ungu. masa tu rasa nya macam nak patah balik dan tukar baju. malu yang teramat sangat.
tanpa sedari, setiap pertemuan baju sedondon walaupun tak rancang. ada dia cakap "kau ni manderam aku kea. kita asyik pakai baju sama jea. tapi dari aku manderam kau lebih baik aku manderam artis. kaya sikit aku." satu hadiah cubitan hinggap ke lengan nya. dia menggosok gosok tanda sakit.
keceriaan yang baru aku rasai kini menjadi hambar dengan berita aku akan meninggalkan kota raya, kuala lumpur dan meninggalkan nya untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar. dua minggu sebelum aku menjejakkan kaki di cameron highland di mana aku akan meneruskan masa ku selama 3bulan setengah. aku dan dia meluangkan saki baki masa yang ada.
masih terngiang ngiang "kalau aku melamar kau, kau nak tak?". dia cuba untuk meluahkan apa yang terbuku di hati nya. sama ada itu benar atau tidak aku sendiri tidak pasti. "tak nak aku. kan kau dah ada makwe. aku tak nak berkongsi". aku menjawab dengan nada getar.
"kalau kau  jadi makwe aku, maknanya aku dengan dia dah takde pape la gile." dia mengomel seorang diri. alah kau ingat aku ni bodoh kea nak percaya kat kau. kau silap la. gerutu hati ku ini. aku pulang dengan hati yang gembira.
tanpa aku sedar, setiap kali mata bertentangan aku dapat merasakan satu perasaan yang aneh. adakah sayang ? tak mungkin aku telah menyayangi milik orang lain. lalu aku membiarkan hari hari tanpa memikirkan perasaan itu.
aku cuba menyibukkan diri ku semasa waktu bekerja. kini, kau sudah berada di cameron highland selama 1bulan. aku membawa diri hanya dengan satu tujuan. iaitu melupakan nya. hampir setiap hari aku merintih kerinduan. rindu pada keluarga, rindu pada dia.
dengan berat kaki melangkah., aku cuba mengapai telefon bimbit untuk mengucapkan selamat malam padanya. setiap hari aku akan menluangkan masa untuk stalker dia dan juga awek nya. sebulan sebelum aku menulis coretan ini aku mendapati dia sudah tidak mempunyai apa apa hubungan dengan wanita itu.
hubungan yang mereka bina, hancur dengan sekelip mata. pengorbanan, kesabaran, kesetiaan, ketabahan yang di pertahanan oleh wanita itu, luruh seperti daun yang gugur dari dahannya. hati mana tidak hancur, jika orang yang di sayang malah di cinta, hilang begitu sahaja ibarat angin yang bertiupan di langit.
kini ternyata kuasa Allah tiada tanding nya. what you give, u can get back. sekarang aku sudah kehilangan nikmat rasa sayang, dan dia suda kehilangan sebuah cinta. ini lah balasan apa yang telah kami lakukan. akhirnya, perasaan aku terhadapnya terkubur di dalam hati tanpa dia mengetahuinya. berserah kepada nya. 

andai aku di cipta dari tulang rusuk nya aku terima dengan hati yang terbuka. sesungguhnya perancangan Allah dari baik dari segalanya. siapa kita untuk menolak takdirNya.



Saturday, May 4, 2013

pendam !

kehadiran aku di Heritage Hotel sebagai student pratikal membuatkan ramai hati yang terluka. terluka tanpa aku duga. tanpa aku sedar selama ini. hati orang lain terluka kerana memendam perasaan. tapi ape kan daya aku tak mampu untuk puaskan hati semua orang. aku tak mampu untuk memilih siapa untuk berada di dalam hati aku. serta memiliki hati aku sepenuhnya. selama ini hati aku sudah banyak terluka. dalam kealpaan, tanpa aku sedari aku telah di timba satu lagi masalah. 

pembawakkan diri aku di negeri pahang ni membuat aku semakin tenang. tenang dari memikirkan keserabutan selama ini. aku membawa diri untuk melupakan semua nya. semua tentang cinta juga aku telah mengorbankan rasa rindu aku untuk family aku semata mataa untuk membuat diri aku tenang dan untuk mencari semangat yang baru untuk diri aku. kenal siapa aku yang sebenarnya. aku berusaha untuk membahagiankan semua pihak tapi aku yang tersungkur. aku tak mampu. kerinduaan untuk mak abah serta sanak saudara adalah hal yang selalu aku fikirkan. aku ada mereka yang membuat aku tenang. aku melalui sisa kehidupan ini hanya untuk mereka.

menjaga hati orang lain memang terlalu susah untuk dilakukan. tanpa aku duga ada orang yang terluka dengan aku. di sini, aku mula mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. kekuatan aku ada bila aku berjauhan. aku membawa hati yang lara ini hanya untuk tahu siapa aku di mata orang. dan tujuan utama ialah untuk melupakan insan yang tak mungkin jadi milik aku untuk selamanya. berat untuk aku terima ini semua tetapi aku kena kehilangan nya sekarang.
tetapi, disini aku dilemparkan satyu lagi masalah. kehadiran aku membuat kan orang selesa untuk mendekati aku. tapi ia membuatkan aku bertambah rumit. ada yang memendam perasaan terhadap aku. aku tak mampu untuk memilih kerana aku tak sanggup untuk melukakan hati orang lain. aku tak mahu menghancurkan harapan orang lain. hanya masa yang akan menentukkan segalanya. 
  1. dikala hati aku keras dan semakin membeku ada insan yang masih berusaha untuk menakluki hati aku ini. tapi sayang nya hati aku sudah menjadi keras seperti batu. perasaan suka itu mula menipis dan aku mula selesa dengan keadaan sekarang. kehidupan yang aku sendiri aturkan. tanpa dikonkong dan tanpa disuruh. semakin aku cuba memlarikan diri setiap itu la masalah mendatang tanpa di undang.