Tiada tangisan aku titiskan keringat airmata ku
Manakah silapku nyatakan satu persatu inginku tahu
Bukannya aku salah tafsiri (tak pernah aku mengkhianati)
Mengapa kamu buat begini (tak pernah aku hilangkan diri)
Apakah makna engkau mendua (tiada punca hancur segala)
Aku senantiasa setia (tolonglah percaya)
Aku yang bodoh, aku yang buta
Percayakan mu sebulatnya
Lihat mereka terpedaya
Percayakanmu sebulatnya
Bukan kerana ku sengaja meninggalkan mu
Kau sempurna untukku, untukku
Tapi kini kau salah tafsiri (mengapa engkau mengkhianati)
Salahkah aku buat begini (mengapa engkau hilangkan diri)
Tiada makna
Jadi apakah punca segala (aku senantiasa setia)
Aku tak percaya
Cukuplah katamu
Yang betulnya hanya kamu
Cukuplah siksamu
Yang pernah sakiti mu
Hati telah luka
Di atas luka dan luka
Di dalam tak disangka
Tertanam dendam yang lama
Mulalah meraba
Mencari jalan semula
Jalan yang bercahaya
Kembalilah padaNya
lagu ni betul betul tepat kena dengan diri ni. hati yang banyak terluka, di tinggalkan dan lagi perit bila tak di hargai. sudah ku pujuk hati kecil ini, tapi masih menangis. sudah ku rawat hati ini tapi masih lagi tercalar. betul orang cakap luka luaran nampak di mata tapi luka di hati memang tiada ubat nya. cerita hati manusia memang sukar untuk di baca serta di fahami. berdoa agar Allah menpunyai perancangan yang terbaik untuk diri ini. menerima dengan seikhlas hati.
No comments:
Post a Comment