aku redha dengan apa yang terjadi dan berlaku dalam hidup aku. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. sekarang aku sedang BERKONGSI KASIH. wahh ! perkataan yang amat menyakitkan. tapi itu yang aku sedang laluinya. aku tak mintak unuk jadi bergini.
aku tahu dengan kewujudan aku membuatkan perhubungan kau dan dia bertambah rumit. yea aku akui memang silap aku. dan aku sungguh menyedarinya dan gelaran yang patut aku pikul ialah PERAMPAS dan PENGHALANG.
PERAMPAS : aku telah merampas kau dari dari dia. aku juga perampas sebahagian hati kau yang dulunya untuk dia dan sekarang kau bahagikan ia untuk aku juga.
PENGHALANG : yea, aku penghalang kebahagian aku bersama dia. dan aku juga manusia yang telah menghancurkan hubungan kau dan dia.
aku adalah manusia yang kejam ! aku kejam kerana aku akan dapat kan apa saja yang aku nak. sekejam aku pun aku masih ada sedikit hati nurani. aku pernah berkata kepada kau yang aku rela melepaskan kau untuk kau hidup bersama dia. tapi jawapan yang kau bagi adalah tidak. kau memberi aku harapan tapi aku takut suatu hari nanti kau sendiri yang menghancurkan nya. aku tahu itu semua jodoh dari Tuhan tapi tidak salah jika kita mencari dan berusaha.
aku tahu hukum karma telah berlaku. dulu kau yang mencari aku tapi sekarang aku yang mencari kau. dulu kau telah menitiskan air mata laki di depan aku dan sekarang kau telah berjaya membuat aku menangis pada malam hari. sungguh adil dunia ini kan. apa yang kau rasakan pada ketika dulu telah aku rasa untuk hari ini. hampir setiap hari aku perlu tenangkan hati aku sendiri. aku tahu kau ada dia, tapi aku tak tahu kenapa aku masih mahukan kau.
kasih ? sayang ? cinta ? ini adalah la perasaan aku untuk kau masa kita zaman sekolah dulu. aku mengaku yang kau adalah bahan experiment aku pada ketika itu. tapi setelah aku kehilangan kau baru aku tahu bertapa sakit. dan lagi bertambah sakit apabila aku tahu kau sudah menjadi milik orang lain.
sekarang apa yang mampu buat ialah membiarkan hari dan waktu yang menentukan. jika ditakdirkan aku terpaksa kehilangan kau, aku terima dengan seikhlas hati. tapi kalau kau adalah jodoh aku dunia dan akhirat, aku bersyukur kepada Tuhan.