selamat datang


Sunday, November 18, 2012

terkilan !

19september-15november 2012

lagi satu tarikh keramat untuk aku. tarikh yang membuat aku tersenyum, ketawa dan bersedih. tarikh yang membuat aku terluka untuk kesekian kalinya. memang sukar untuk aku terima semua ini. tetapi dengan kekuatan yang ada aku mampu hadapinya walaupun terluka. betol orang cakap, kegembiraan tidak berpanjangan. tersenyum bila mengingatkan kisah hidup aku. 

diawal perkenalan semuanya indah. kau menghargai aku. kau jaga aku. walaupun pada masa itu sedikit pun aku tiada hati untuk kau. tetapi aku nampak kesungguhan kau untuk mendapatkan aku. semakin lama , aku semakin kekal siapa kau. lalu menerima kau tanpa meragui. 

pada 20sept, kau celebrate my birthday. wahhh ! happy nyer aku. tak sangka kau sudi untuk mengingat tarikh itu. tak sangka kau penuhkan impian aku. hati mula tertawan.bibir mula mengukir senyuman. hati mula tersentuh. tiada air mata untuk aku tangiskan. tiada kata kata untuk aku luahkan. semuanya aku simpan    untuk kenangan semoga akan terus di ingatan. 

hubungan yang mula dibina di penuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, keindahan. hari demi hari, masa demi masa dan saat demi saat yang berlalu tanpa aku sedar sudah sebulan. aku kenal siapa kau tanpa kau berkata kepada aku. aku terima baik buruk kau. 

suatu hari kau dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. yup. kau gembira untuk kau. sebab kau tahu itu impian kau. aku bersedia apa yang akan terjadi. dari pengalaman aku belajar sesuatu yang indah. 

tanpa tak aku duga, tanpa alasan, tanpa kekeruhan dalam hubugan kami, kau di tinggalkan. untuk kesekian kalinya hati aku terluka. aku hidup dalam bayang bayang kau. kata kata kau, senyuman kau, kenangan aku dan kau akan aku ingat. tetapi aku sangat terkilan dengan sikap kau yang melepaskan aku tanpa sebab dan tanpa kesalahan yang aku cipta. aku harap aku perempuan terakhir yang kau sakiti.

kau buat la orang. tidak mustahil satu hari nanti kau yang akan merasakan nya. aku tidak berdoa untuk itu tetapi aku mahu kau belajar apa itu erti menghargai dah apa itu kecewa. pada masa itu baru kau akan ingat apa yang telah kau lakukan pada aku. ingat la kata kata aku ini. 


kerana lelaki hati aku sakit. kerana lelaki hati aku terluka. sampai satu ketika aku merasakan tiada sayang untuk insan yang bernama lelaki. hati aku sudah tawar. tawar untuk berkasih sayang. ini semua kerana lelaki.




Saturday, November 3, 2012

SEKELIP MATA !


SEKELIP MATA !     itu yang perlu aku ingat. tak semua apa yang aku dapat akan berkekalan. tak semua yang kekal akan berakhir dengan kebahagiaan. dan tak semua kebahagiaan akan berakhir dengan keindahan. sekelip mata aku kecapi kebahagiaan dah sekelip mata ia hilang tanpa di duga.

hari ini aku mempunyai semuanya. ada kekasih, teman, kawan serta sahabat. tetapi adakah mereka ada waktu aku memerlukan ? adakah aku penting bagi mereka ? siapa aku ? tetapi. pada hari ini aku hilang semuanya, hilang kekasih, teman, kawan serta sahabat. mereka pergi tanpa aku duga. mereka pergi saat aku perlu. aku tak sepenting dulu lagi. 

hari ini aku bahagia tetapi tidak pasti untuk esok. hari ini dia milik aku tetapi tidak untuk esok. sekelip mata ia akan hilang. aku seperti permainan dalam kehidupan. aku seperti patung yang tidak bernyawa. mengambil dan menbuang aku sesuka hati seperti sampah. aku tak menyesal jika itu takdirnya. 

hati aku selalu disakiti. disakiti kerana bermain dengan cinta. hubungan yang aku bina selalu berakhir dengan kekecewaan. kebahagiaan yang aku inginkan tidak semudah yang aku sangkakan. apalah pengakhiran kisah hidup aku kan. hanya Allah yang mengetahui.