selamat datang


Saturday, May 4, 2013

pendam !

kehadiran aku di Heritage Hotel sebagai student pratikal membuatkan ramai hati yang terluka. terluka tanpa aku duga. tanpa aku sedar selama ini. hati orang lain terluka kerana memendam perasaan. tapi ape kan daya aku tak mampu untuk puaskan hati semua orang. aku tak mampu untuk memilih siapa untuk berada di dalam hati aku. serta memiliki hati aku sepenuhnya. selama ini hati aku sudah banyak terluka. dalam kealpaan, tanpa aku sedari aku telah di timba satu lagi masalah. 

pembawakkan diri aku di negeri pahang ni membuat aku semakin tenang. tenang dari memikirkan keserabutan selama ini. aku membawa diri untuk melupakan semua nya. semua tentang cinta juga aku telah mengorbankan rasa rindu aku untuk family aku semata mataa untuk membuat diri aku tenang dan untuk mencari semangat yang baru untuk diri aku. kenal siapa aku yang sebenarnya. aku berusaha untuk membahagiankan semua pihak tapi aku yang tersungkur. aku tak mampu. kerinduaan untuk mak abah serta sanak saudara adalah hal yang selalu aku fikirkan. aku ada mereka yang membuat aku tenang. aku melalui sisa kehidupan ini hanya untuk mereka.

menjaga hati orang lain memang terlalu susah untuk dilakukan. tanpa aku duga ada orang yang terluka dengan aku. di sini, aku mula mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. kekuatan aku ada bila aku berjauhan. aku membawa hati yang lara ini hanya untuk tahu siapa aku di mata orang. dan tujuan utama ialah untuk melupakan insan yang tak mungkin jadi milik aku untuk selamanya. berat untuk aku terima ini semua tetapi aku kena kehilangan nya sekarang.
tetapi, disini aku dilemparkan satyu lagi masalah. kehadiran aku membuat kan orang selesa untuk mendekati aku. tapi ia membuatkan aku bertambah rumit. ada yang memendam perasaan terhadap aku. aku tak mampu untuk memilih kerana aku tak sanggup untuk melukakan hati orang lain. aku tak mahu menghancurkan harapan orang lain. hanya masa yang akan menentukkan segalanya. 
  1. dikala hati aku keras dan semakin membeku ada insan yang masih berusaha untuk menakluki hati aku ini. tapi sayang nya hati aku sudah menjadi keras seperti batu. perasaan suka itu mula menipis dan aku mula selesa dengan keadaan sekarang. kehidupan yang aku sendiri aturkan. tanpa dikonkong dan tanpa disuruh. semakin aku cuba memlarikan diri setiap itu la masalah mendatang tanpa di undang.