selamat datang


Saturday, November 3, 2012

SEKELIP MATA !


SEKELIP MATA !     itu yang perlu aku ingat. tak semua apa yang aku dapat akan berkekalan. tak semua yang kekal akan berakhir dengan kebahagiaan. dan tak semua kebahagiaan akan berakhir dengan keindahan. sekelip mata aku kecapi kebahagiaan dah sekelip mata ia hilang tanpa di duga.

hari ini aku mempunyai semuanya. ada kekasih, teman, kawan serta sahabat. tetapi adakah mereka ada waktu aku memerlukan ? adakah aku penting bagi mereka ? siapa aku ? tetapi. pada hari ini aku hilang semuanya, hilang kekasih, teman, kawan serta sahabat. mereka pergi tanpa aku duga. mereka pergi saat aku perlu. aku tak sepenting dulu lagi. 

hari ini aku bahagia tetapi tidak pasti untuk esok. hari ini dia milik aku tetapi tidak untuk esok. sekelip mata ia akan hilang. aku seperti permainan dalam kehidupan. aku seperti patung yang tidak bernyawa. mengambil dan menbuang aku sesuka hati seperti sampah. aku tak menyesal jika itu takdirnya. 

hati aku selalu disakiti. disakiti kerana bermain dengan cinta. hubungan yang aku bina selalu berakhir dengan kekecewaan. kebahagiaan yang aku inginkan tidak semudah yang aku sangkakan. apalah pengakhiran kisah hidup aku kan. hanya Allah yang mengetahui.



No comments:

Post a Comment