terpaling aku untuk menulis coretan ini selepas mendengar kisah Lili bersama seorang lelaki bernama F di corong radio klasik nasional dalam rancangan aku dia dan lagu. Lili di tinggalkan oleh F tanpa sebarang berita. kisah yang mengingatkan aku kepada sesorang. bertahun pengenalan kami akhirnya menjadi seperti pepasir dipantai. andai aku dapat memilih, aku akan memilih untuk tidak kenal bersama nya supaya hati ini tidak terus dilukai. ketika jari jemari menari nari untuk meluahkan apa yang terbuku, hati terasa bagai dirobek. di tinggalkan dan aku berusaha untuk mencari punca nya. tetapi semua nya sia sia.
berjanji untuk meneruskan hidup bersama kini hanya tinggal impian. impian yang hanya memusnahkan si penerima janji. kini, si pemberi janji menghilang seiringan dengan janji janji nya. 'sayang awak' ! masih berlegar legar dalam kotak fikiran. gelang yang di beri masih melingkar di pergelangan tangan. andai satu hari ia di lucut kan bermakna hati juga turut melupakan. dan pada masa itu airmata tidak akan gugur dari tebing mata ini.
hati mana yang utuh jika sering kali di luka, di dustai serta di buangi. tetapi selemah mana pun kita, Allah teteap memberi secebis kekuatan untuk mengharungi itu. kasih nya Allah terhadap hamba Nya tidak ternilai. jika ini ujian yang di beri oleh Nya, agar diri ini lebih rapat dan bersujud kepada Yang Maha Esa, aku redha. tidak yang lebih baik dari perancangna Nya. berserah atas segala nya.
dikala hati terluka, bibir masih mampu mengukir senyuman. dikala hati kesepian, bibir masih lagi mampu berbicara. hebatnya kuasa Allah. hari demi hari dilalui dengan pelbagai rintangan. hidup yang semakin mencabar membuat kan diri bertambah matang. kini memilih untuk berdiam adalah tindakan yang terbaik. tidak usah memujuk serta merayu hati ini, sememang nya hati ini sudah seperti batu.
No comments:
Post a Comment