assalamualaikum . hari ni bertarikh 20.9.2013 genap umur ku 21tahun. pada pukul 2.21petang. dengan maksud kata lain genap 21tahun Allah telah meminjam kan nyawa untuk diriku ini. seperti mana yang kita sendiri tahu, setiap apa yang di pinjam mesti akan dipulangkan kembali. seperti hembusan nafas, setelah di hirup, pasti akan di lepaskan kembali. sama seperti nyawa, setelah tiba masanya, akan di kembalikan. bila ? dan dimana ? itu semua rahsia Allah.
selama 21tahun ini, banyak ujian dan dugaan yang telah hadapi. pelbagai cabaran hidup yang perlu di tempuh selagi masih bergelar manusia. apa yang dapat pada hari ini belum tentu kekal untuk hari esok. dan apa yang yang telah hilang pada hari esok mungkin ada kebaikan di kemudian hari. hanya perlu berdoa untuk mendapat yang terbaik. usah pernah menyerah untuk itu.
bulan 9.13 ni banyak kisah yang gembira. yang boleh membuatkan aku tersenyum. Alhamdulillah kurniaan Allah yang tak terbayar. setelah aku berhempas pulas selama 3tahun, akhirnya aku menperolehi keputusan yang cemerlang. kejayaan ini tidak akan berlaku jika tanpa pergorbanan kedua ibu bapa ku. keberkatan doanya yang membuatkan aku berjaya hari ini. sama juga seperti lecturer yang telah mengajar sepanjang aku bergelar pelajar. kejayaan ini aku kongsikan untuk keluarga ku. tidak mampu aku beri yang lain.
No comments:
Post a Comment