setiap orang mempunyai kekurangan yang berbeza. lalu Tuhan menberikan pasangan hidup untuk saling melengkapi. mencintai dan dicintai. benda yang paling di harapkan bagi setiap orang.
lelaki : cuba tengok masa dia single hensem bukan main. kalau sembur minyak tu macam satu botol. habis satu rumah bau perfume dia jea. tetapi bila dah ada gf mesti dia biase biase jea. kata nya buat apa nak smart smart kan dah ad gf. kalau serabai takda la perempuan lain nak tengok. apa dia tak tahu kea bila dia serabai lagi ramai orang tengok. bukan perempuan muda tapi yang makcik makcik pun dok sama tengok.
perempuan : bila single biase biase jea. dengan alasan, ala kalau lawa lawa pun bukan ada sapa nak tengok. pastu pakai bedak baby jea, itu pun dah cukup. tup tap tup tap, couple la dia. that means, dah ad bf la. berbunga la hati dia kan. suka bukan main lagi kan. tapi tengok la bila di ajak keluar 1jam belum tentu siap lagi. kejap baju ni tak kena la, seluar tu tak elok la. lepastu make up bukan main. orang yang sedepa pun dah nampak. haha. nak melawa sebab tak nak bf cari lain.
_________________________________________________________________________________
lelaki : bila bercinta, dia buat gf dia kaw kaw pun. dia marah la apa la. apa dia ingt gf dia tu patung cendana kea. dia nak keluar ke mana mana tak akan bagi tahu gf dia. alih alih dah sampai jea. tapi lelaki ini pelik sikit, bila ad gf tak nak hargai. tapi bila takd tahu pulak nak cari. hah ! lagi satu bila putus, dia buat muka tak tahu jea. ada yang sampai boley keluar dengan member member. tapi satu fakta tentang dia, lelaki akan menangis bila kemudian hari. dan akan susah nak cari pengganti.
perempuan : kalau bf maki kea apa kea sabar jea. sabar macam orang bodoh. atas alasan aku sayang dia laa. puihh la sayang sanggup kena macam tu. tapi itu la perempuan. menangis jangan cakap la. hari hari memang wajib. samoai nak tidur pun sempat nangis lagi. bila clash, menangis macam orang hilang mak bapak. pastu dok la rindu bagai. tapi tengok tengok 2 or 3week akan datang dah ada yang lain.cepad betul perempuan sayang orang kan.
_________________________________________________________________________________
lelaki : antara kawan dengan gf, 90% lebih memilih kawan. mengikut teori nya kawan akan tolong masa dia susah. kalau motor rosak tak kan dia nak panggil gf tolong betul kan. memang tak masuk akal la kan. haha. kalau keluar dengan kawan, gf memang tak dilayan la. pastu bila dah penat baru ingat yang diri tu ad gf. dapat gf yang penyabar takpe. kalau dapat yang sensitif memang merajuk panjang la jawabnya. nasib badan la kan. lelaki dengan kawan memang tak boley pisah. sampai bila pegi dating, kawan call tanya kat mana. bengkak jea hati gua ni.
perempuan : bf ajak keluar laju jea bersiap. bukan main seronok lagi kan. riang ria hati tu. tapi bila kawan ajak keluar, eh nanti la. aku nak kena tanya bf aku dulu la. apa kau ingat bf kau tu suami kau kea. ala mak bapak kau pun oke jea. ecehh nak cakap yang diri setia dengan bf. puihh ! letak kaki atas kepala laa. sikit sikit bf. kenal baru setahun jangung dah macam belangkas. dulu masa kau sekeleh, kawan kau jugak yang lap akn hingus kau tau. tap tap putus la dia. ehhh baru nak cari kawan. masa tu la kawan la segala gala nya. mintak maaf bagai.
nampak ! perbezaan antara lelaki dan perempuan. jika terjadi sesuatu pada hubungan kita jangan anggap semua orang itu sama. sebab kita kena ingat bahawa ibu ayah kita adalah perempuan dan lelaki. lelaki bercinta dengan perempuan atau sebaliknya, adalah perkara yang biasa. tetapi lelaki bercinta dengan lelaki atau sebaliknya, adalah perkara yang luar biasa.
No comments:
Post a Comment