terbaring aku sambil menongkatkan kedua dua belah tangan aku ke dahi. memikirkan seorang insan yang berada di dalam hati ini. perkenalan yang aku sendiri tidak menduga. lelaki yang ku beri gelaran mr.crush. tahu tak apa itu maksud crush ? (C)cinta yang di (R)rahsiakan hanya (U)untuk (S)seseorang dengan (H)harapan dia akan menerima kita.
tibe tibe tersentak aku dari lamunan lalu berkata dia bukan milikku. perkenalan yang aku tidak pasti di mana mula nya. keselesaan ketika bersama nya membuatkan aku terlupa dan terleka yang dia sudah berpunya. hati nya sudah menjadi milik yang lain.terasa diri begitu kejam kerana telah melukakan hati perempuan yang lain. tanpa kau sedari, perkenalan kami semakin rapat. satu hari, kami telah membuat satu pertemuan. terlontak di mulut ku "lepas jumpa aku, depends la kau nak kawan aku lagi atau tak k". dia hanya membalas senyuman tanpa perkataan.
pertemuan demi pertemuan. teringat pada hari pertama kami berjumpa, aku mengenakan pakaian yang simple, blaus pink dan jeans serta bertudung ungu. tak sangka pulak masa tu dia pun pakai baju ungu. masa tu rasa nya macam nak patah balik dan tukar baju. malu yang teramat sangat.
tanpa sedari, setiap pertemuan baju sedondon walaupun tak rancang. ada dia cakap "kau ni manderam aku kea. kita asyik pakai baju sama jea. tapi dari aku manderam kau lebih baik aku manderam artis. kaya sikit aku." satu hadiah cubitan hinggap ke lengan nya. dia menggosok gosok tanda sakit.
keceriaan yang baru aku rasai kini menjadi hambar dengan berita aku akan meninggalkan kota raya, kuala lumpur dan meninggalkan nya untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar. dua minggu sebelum aku menjejakkan kaki di cameron highland di mana aku akan meneruskan masa ku selama 3bulan setengah. aku dan dia meluangkan saki baki masa yang ada.
masih terngiang ngiang "kalau aku melamar kau, kau nak tak?". dia cuba untuk meluahkan apa yang terbuku di hati nya. sama ada itu benar atau tidak aku sendiri tidak pasti. "tak nak aku. kan kau dah ada makwe. aku tak nak berkongsi". aku menjawab dengan nada getar.
"kalau kau jadi makwe aku, maknanya aku dengan dia dah takde pape la gile." dia mengomel seorang diri. alah kau ingat aku ni bodoh kea nak percaya kat kau. kau silap la. gerutu hati ku ini. aku pulang dengan hati yang gembira.
tanpa aku sedar, setiap kali mata bertentangan aku dapat merasakan satu perasaan yang aneh. adakah sayang ? tak mungkin aku telah menyayangi milik orang lain. lalu aku membiarkan hari hari tanpa memikirkan perasaan itu.
aku cuba menyibukkan diri ku semasa waktu bekerja. kini, kau sudah berada di cameron highland selama 1bulan. aku membawa diri hanya dengan satu tujuan. iaitu melupakan nya. hampir setiap hari aku merintih kerinduan. rindu pada keluarga, rindu pada dia.
dengan berat kaki melangkah., aku cuba mengapai telefon bimbit untuk mengucapkan selamat malam padanya. setiap hari aku akan menluangkan masa untuk stalker dia dan juga awek nya. sebulan sebelum aku menulis coretan ini aku mendapati dia sudah tidak mempunyai apa apa hubungan dengan wanita itu.
hubungan yang mereka bina, hancur dengan sekelip mata. pengorbanan, kesabaran, kesetiaan, ketabahan yang di pertahanan oleh wanita itu, luruh seperti daun yang gugur dari dahannya. hati mana tidak hancur, jika orang yang di sayang malah di cinta, hilang begitu sahaja ibarat angin yang bertiupan di langit.
kini ternyata kuasa Allah tiada tanding nya. what you give, u can get back. sekarang aku sudah kehilangan nikmat rasa sayang, dan dia suda kehilangan sebuah cinta. ini lah balasan apa yang telah kami lakukan. akhirnya, perasaan aku terhadapnya terkubur di dalam hati tanpa dia mengetahuinya. berserah kepada nya.
No comments:
Post a Comment