selamat datang


Friday, June 10, 2011

kaulah wiraku :)

ayah, walid, papa, daddy, abi, dan abah. pelbagai gelaran yang kita panggil untuk seorang lelaki yang bergelar ayah. bagi aku, aku lebih selesa untuk memanggil abah. orang kata panggilan abah lagi mesra. mungkin tidak ada peristiwa yang menarik untuk aku kongsikan bersama tetapi aku mahu semua orang tahu yang aku terlalu sayang beliau. suatu hari, pada 20 september 92, aku telah dilahirkan di hospital sultanah aminah, jb. pada hari tersebut bermulalah kehidupan aku sebagai seorang anak. aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah menghadiahkan beliau untuk aku. aku berterima kasih kerana beliau telah mendidik dan menjaga  aku dari pertama aku dilahirkan sehingga sekarang. kemesraan aku bersama beliau sebagai kawan, rakan dan juga sahabat. aku dan beliau tidak banyak perbezaan. kami tidak banyak persengketaan. beliau telah memberikan pelbagai keselesaan kepada aku dan keluarga. yee aku tahu aku tidak akan mampu untuk membalas jasa beliau tapi hanya yang aku mampu inlah belajar dan seterusnyer, menghadiahkan beliau kegembiraan. serta aku pasti kegembiraan itu tidak akan terhenti sehingga akhir hayat aku. selagi aku hidup, insyAllah akan aku membuat hidupmu gembira. selamat hari bapa. saya amat sayang abah. 

No comments:

Post a Comment